******************************************************
Dengan pengesahan dari doktor HBP pada jam 2025 14 Disember 2008 adik kesayanganku telah meninggalkan dunia yang fana ini. Meninggalkan kami sekeluarga.Satu-satunya adik ku yang tiada galang gantinya. Disahkan oleh doktor menghidap kanser peparu dan hanya dapat dikesan seminggu sebelum Deepavali yang lalu..
Buat mereka yang mengenalinya, aku bagi pihak arwah memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan kesilapan darinya. Mohon dihalalkan segala makan minumnya, hutang piutang dan segalanya.
Jika ada urusan yang belum selesai dengan arwah sila berhubung dengan pihak keluarga.
Arwah seorang yang sangat istimewa...rasa sekejap dpt mengenali dirinya. Entahlah....dptke untuk bertemu orang lain mcm arwah. Teman gelak, tawa, nangis, 'gado2 sayang', sume hal tak segan untuk dikongsi dgn arwah. Begitu juga arwah, xlokek berkongsi ceritera. Pendek kata, wpun sorang kat seberang laut, sorang kat utara semenanjung....hari2 macam dirasakan sentiasa ada bersama. 'Aku ada kerna kau pun ada'.
'Kadangkala Allah memberi sesuatu tanpa sempat kita meminta, kadangkala juga Allah mengambil sesuatu yg amat bermakna dlm hdup kita'. Aku pasrah dgn qada qadar Allah. Hanya DIA lbh mengetahui disebalik ujian ini. Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta di jauhkan dari azab Allah. Bagiku arwah terlalu istimewa. 'umi sayang papa'